Showing posts with label SAJAK. Show all posts
Showing posts with label SAJAK. Show all posts

RINDUKU UNTUKMU

| | 3 pandangan

RINDUKU UNTUKMU

Jarak antara kita
Menjadikan aku seorang penunggu
Yang setia membilang waktu
Dan selama pemerhatianku
Masa semakin lambat beredar
Malam tiba-tiba kurasakan terlalu panjang.

Penantian itu sendiri
Satu siksaan yang membahagiakan
Hingga aku kembali seperti dahulu
Menjadi seorang perindu
Yang mengulangi zaman silamnya
Membaca surat-surat cinta.

Jarak antara kita
Menakutkan aku pada kesepian
Waktu yang seperti terhenti
Kian mendekatkan aku kepadamu
Lalu sambil membilang waktu
Aku menulis sajak ini buatmu.

Kiranya selama ini tidak ku tahu betapa peritnya
Kerinduan
Sehinggalah kau jauh dariku.

Haida.ma

TAHUN BARU

| | 0 pandangan

TAHUN BARU

TAHUN DEMI TAHUN MENDATANG
TAHUN DEMI TAHUN BERLALU.

KITA KETAWA, KITA MENANGIS
KITA BERJALAN DAN KITA BERLARI.

KIRANYA,
APA YANG KITA CARI DALAM HIDUP INI HANYA DUA:
KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN.

BERJAYAKAH KITA DALAM KEBAHAGIAAN? BAHAGIAKAH KITA DALAM KEJAYAAN?

JAWAPANNYA,
HANYA ADA DALAM DIRI...

MARI,
MARI KITA KEJAR KEJAYAAN,
MARI KITA CARI KEBAHAGIAAN,
MARI KITA KUKUHKAN AZAM,
SELAGI RUANG DAN PELUANG MASIH ADA.

MUDAH-MUDAHAN,
TAHUN BARU MENANTI
DENGAN 1000 KEJAYAAN
DENGAN 1000 KEBAHAGIAAN.

NAMUN,
KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN HAKIKI
HANYA AKAN DITEMUI
DALAM REDA ILAHI.



Ilhamrasa: haida.ma

HARI INI HARI LAHIR BONDA

| | 1 pandangan



HARI INI HARI LAHIR BONDA!

ULANG TAHUN YANG KE BERAPA BONDA?

48


SELAMAT HARI LAHIR BONDA

SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI.

AL-HAMDULILLAH

TETAPI

PERNAHKAH ENGKAU TERTANYA ANAK-ANAKKU

TINGGAL BERAPA LAMA LAGI USIAKU?

MEMANG TIADA SIAPA YANG TAHU

TERMASUKLAH DIRIKU

PERNAHKAH KAU TELITI

GARIS-GARIS USIA DI WAJAHKU

ATAU

PERNAHKAH KAU KIRA UBAN DI KEPALAKU?

MUNGKIN KAU TIDAK PERASAN SEMUA ITU

KERANA SELAMA YANG KAU LIHAT

AKU TETAP SIHAT, KETAWA, CERIA & SIBUK

MELADENI KAMU SEMUA.

NAMUN

MASANYA AKAN TIBA ANAK-ANAKKU

ENTAH AKU ATAU KAMU

YANG AKAN PERGI DAHULU

JUSTERU

SEMENTARA MASIH DIBERI WAKTU

OLEH YANG MAHA TAHU

MARI KITA SALING BERBAKTI

AKU KEPADA AYAHBONDAKU

DAN KAMU KEPADA AYAHBONDAMU

AGAR

DI SUATU MASA NANTI KITA AKAN DISATUKAN

BERSAMA-SAMA DENGAN

ANAK SOLEH DAN SOLEHAH

YANG MEWARISI SYURGA ALLAH.

BUAT RENUNGAN ANAK-ANAKKU YANG TELAH CUKUP DEWASA UTK MENGENAL ERTI CINTA

| | 2 pandangan

Jika ada insan menyatakan cintanya kepadamu,
tuluskah dia?
Adakah setulus cinta ayahanda dan bonda
yang ingin membawamu ke syurga?
Ataukah setulus cinta sahabat
yang dapat membawamu bernaung di bawah bayangan ’arasy ALLAH pada hari yang tiada naungan
selain daripada naungan -Nya.?
Atas dasar apakah pertemuan
dan perpisahanmu
dengannya?
Andai engkau yang menyatakan cintamu kepadanya,
tuluskah kamu?
Adakah sandaranmu nafsu semata atau cintamu kerana padanya ada cinta Allah dan Rasul -Nya?

-Bonda :1 Jan .2009